Dengan Norton Ghost, anda boleh membuat backup kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang anda telah install.
Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit. Read entire article.